Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

295) KAWASAN TAMBAKAN BAHAN BINAAN DI TAPAK MASJID BUKIT RAHMAN PUTRA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat dasar dan peraturan khusus yang boleh digunakan untuk mengawal selia aktiviti ini?

    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

     

    Kawasan tambakan bahan binaan tersebut adalah di atas tapak Masjid, di No.8 (Lot 34476), Jalan BRP 4/1, Bukit Rahman Putra, Seksyen U20, 40160 Shah

     

    Pihak MBSA tiada dasar dan peraturan khusus bagi kawasan tambakan bahan binaan di tanah-tanah milik Kerajaan, mahupun tanah-tanah milik individu.

    Walau bagaimanapun, sesuatu pemajuan yang ingin dijalankan ditapak perlulah mendapat kebenaran daripada pihak majlis terlebih dahulu sebelum kerja-kerja ditapak dimulakan.

    Menurut peruntukan undang-undang Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

    Seksyen 20 Tiada seorang pun boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan selain menurut kebenaran merancang yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 berkenaan dengan pemajuan itu atau syarat-syarat kebenaran merancang itu.

    Seksyen 21(1) Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan dan hendaklah dalam bentuk dan mengandungi butir- butir dan disertakan dengan dokumen, pelan, dan fi yang ditetapkan.

     

     

    Seksyen 21(2) Jika pemohon itu bukan pemunya tanah yang di atasnya pemajuan hendak dijalankan, keizinan bertulis pemunya tanah mengenai pemajuan yang dicadangkan itu hendaklah diperolehi dan dicatatkan dalam permohonan itu.

Lampiran

Tiada Lampiran.