Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

182) KAWASAN TERBIAR DAN RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani kawasan terbiar dan rumah terbengkalai?

    Untuk makluman   Yang   Berhormat,    antara   usaha   Kerajaan   Negeri              bagi menangani kawasan terbiar dan rumah terbengkalai adalah seperti berikut :

     

    • Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang dipengerusikan oleh saya sendiri dengan keahlian terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat melalui LPHS yang telah dilaksanakan secara berjadual sejak tahun 2011. Peranan Jawatankuasa ini adalah bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak terlibat dalam memulihkan projek terbengkalai serta merangka pelan pemulihan di samping membuat pemantauan sehingga projek siap dengan Sijil Layak

     

    • LPHS melalui Mesyuarat Teknikal turut mengadakan perbincangan dengan pelikuidasi (liquidator), bersama semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan termasuk pihak bank dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu

     

    • Sekiranya projek ini melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk membuat penilaian semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek ini ingin

     

    • Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek ini. Sekiranya peruntukkan ini tidak dapat dipertimbangkan oleh KPKT, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menggunapakai dana daripada Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (Dana TEPAT) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 29 Oktober 2014.

     

    • Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak di kalangan mereka supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan projek perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada

     

    • Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)

     

    • LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan- tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama. Selain itu, pengambilan tanah juga dilaksanakan sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara

Lampiran

Tiada Lampiran.