Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

232) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management dan hutang kepada Kerajaan Negeri Selangor?

    KDEBWM kini merupakan syarikat pengurusan sisa pepejal yang memiliki jumlah aset yang terbesar di Malaysia. Sehingga kini, KDEBWM memiliki sebanyak 416 buah lori kompaktor dan 501 lori RORO. Ringkasan jumlah  lori kompaktor dan RORO yang kini beroperasi di sebelas (11) PBT di negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    Selain dari itu, KDEBWM juga memiliki dua (2) buah High Pressure Water Jetter dan dua (2) buah mini road sweeper. KDEBWM akan membeli beberapa unit High Pressure Water Jetter lagi dalam masa terdekat untuk memastikan kerja-kerja pembersihan longkang dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Pembelian aset-aset ini dilakukan melalui pinjaman dari Kerajaan Negeri dan juga institusi kewangan. Sehingga kini hutang KDEBWM kepada kerajaan negeri adalah berjumlah sebanyak RM48.93 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.