Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

1) KDNK Kerajaan Negeri Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah unjuran pertumbuhan ekonomi khasnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk negeri Selangor untuk tahun 2021/22?

    Terima kasih Tuan Speaker, Bukit Lanjan dan seluruh Ahli Dewan sekalian. Saya ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Pandamaran. Soalan no. 6 walaupun tajuk sedikit berbeza tapi memberikan makna dan jawapan yang hampir sama terhadap kedua-dua soalan yang telah dibangkitkan oleh Bukit Lanjan dan Pandamaran.

    Pertama, sebagaimana yang saya ungkapkan dalam pembentangan belanjawan beberapa hari yang lepas atau Jumaat yang lepas kita dapati bahawa terdapat unjuran-unjuran negatif terhadap pertumbuhan di dalam negara rantau mahupun dunia sebagaimana angka-angka yang telah dibentangkan oleh IMF atau pun tabung dunia. Secara asasnya pada tahun 2020 dijangkakan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia sebagaimana anggaran oleh Bank Negara Malaysia adalah pada Julai 0.5% hingga -2%. Maknanya paling baik dalam anggaran bank negara menjangkakan bahawa kadar pertumbuhan KDNK bagi Malaysia hanyalah sekitar bawah 1% atau 0.5% dan dalam keadaan-keadaan tertentu kemungkinan kadar ini akan berada di dalam keadaan -2.0%. Namun begitu Bank Negara juga menjangkakan bahawa sehingga semakan unjuran IMF pada Jun menyaksikan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar -3.8%. Justeru, pihak kerajaan negeri telah melihat dan menganggarkan angka-angka ini berdasarkan kepada trend lalu dan kita turut telah mengambil perunding consultancy and training untuk melihat kesan dan impaknya kepada pertumbuhan KDNK Malaysia ataupun Selangor.

    Kita telah menyenaraikan beberapa senario-senario tertentu dengan menganggarkan kadar pertumbuhan Malaysia atau pun Selangor selalunya lebih tinggi daripada kadar Pertumbuhan Nasional, sebagai contoh pada tahun 2019 kadar pertumbuhan kita ialah pada kadar 5.7%. Sebelum itu pada kadar 5.8%, biasanya angkanya sedikit kurang daripada kadar Nasional atau pun lebih daripada kadar-kadar Nasional. Jadi senario A menjangkakan jika kadar Nasional ialah pada kadar +0.5%, kita akan mencatatkan kadar 2.09%. Jika -0.5, maafkan saya jika 5.0% Pertumbuhan Nasional, maknanya kadar Pertumbuhan Selangor ialah pada kadar 2.09%, jika kadarnya adalah -0.5% maka kadar Pertumbuhan Negeri ialah 1.07%. Jika senario yang terakhir yang dianggap paling buruk ialah -3% pada kadar Nasional, maknanya Selangor akan mencatatkan -1.47% pada kadar Pertumbuhan KDNK Negeri Selangor pada tahun 2020 dan semua saya sedia faham kita terpaksa melalui proses PKPB dan sebelum ini PKP yang telah mengehadkan aktiviti-aktiviti perniagaan. Apatah lagi ia melibatkan sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan di mana 2 sektor ini menyumbang hampir 90% kepada ekonomi ataupun kadar pertumbuhan ekonomi negeri.

    Ahli Yang Berhormat sekalian, pada Dewan yang lepas pada Julai, saya telah membentangkan Fasa 3, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri yang menjurus kepada usaha-usaha pemulihan ekonomi. Dan kita telah menyenaraikan berapa tonggak antaranya tonggak berkenaan dengan food security atau pun dengan keselamatan makanan supaya kita tidak akan terkesan jika berlaku sebarang proses-proses PKP ataupun lock down malahan mungkin ke tahap darurat. Yang kedua kemapanan ekonomi dengan merancakkan projek-projek sektor seperti perumahan dengan projek seperti Idaman dan juga Selangorku Harapan. Inisiatif e-kitchen yang saya sebutkan juga dalam pembentangan Belanjawan dan e-bazar yang kita akan lanjutkan. Inisiatif seperti baucar pelancongan yang meningkatkan pelancongan domestik dengan kempen seperti ‘Pusing Selangor Dulu’ dan juga meningkatkan peluang-peluang tertentu sebagai contohnya adalah pembangunan keupayaan dengan peluang-peluang pekerjaan, Selangor Kerjaya, Rakan Digital dan beberapa program seperti pertambahan program Roda Darul Ehsan atau pun inisiatif Roda Darul Ehsan yang kita telah tambah daripada hanya sekitar 1,000 orang kepada 2,000 orang hingga ke 3,000 orang untuk program-program tersebut.

    Malahan di antara Pakej Rangsangan Kedua dan Pakej Rangsangan Ketiga, Selangor, turut melaksanakan program yang kita panggil Selangor Advance dalam pembentangan Belanjawan yang pada hari Jumaat yang lepas, saya membentangkan telah 75 Juta telah dicairkan dan ini menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor tertentu yang memerlukan kecepatan atau pun kepantasan pusingan modal telah menggunakan kelebihan program Selangor Advance ini dan ia menutarkan ekonomi dengan lebih pantas dan lebih berdaya saing dan sekali gus kita berharap ia akan melaksanakan serta membantu proses Pakej Rangsangan Ekonomi atau pun Pakej Pendapatan dalam negeri kita.

Lampiran

Tiada Lampiran.