Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

42) KEADAAN ALAM SEKITAR SEMAKIN MEROSOT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan semasa Projek Pembersihan Sungai Klang yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    1. Perkembangan Projek Sg. Klang 

     

    Jawatankuasa Tetap Projek Pembersihan Sungai Klang telah pun dilantik secara rasmi.  Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, dan kumpulan penyelaras terdiri daripada wakil dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTG),  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JBPD) Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS), Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS), Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Jabatan Perhutanan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang relevan. Sekretariat kepada Projek ini terdiri daripada Pegawai-pegawai di Pejabat Menteri Besar.

     

    Jawatankuasa ini mengadakan mesyuarat setiap dua minggu dan di pengerusi oleh YAB Dato’ Menteri Besar, di mana setiap perkembangan akan dilaporkan.

     

    Sehingga kini, perkembangan yang semasa adalah seperti berikut: –

     

    • JPBD telah memulakan proses pemetaan (mapping) di kawasan sekeliling Sungai Klang, menggunakan GIS (Geographical Information System). Bajet sebanyak RM200,000 telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada JPBD dalam kerja pemetaan dan kaji selidik (survey) ini yang bertujuan untuk mengenal pasti rumah-rumah persendirian, kilang-kilang dan bangunan lain yang sedia ada di kawasan itu.

     

    • Kerajaan juga telah mewartakan 500m tanah di sebelah kiri dan kanan Sungai Klang sepertimana yang telah diluluskan MMKN dan langkah ini akan memastikan tiada lagi pembangunan development yang akan dilakukan di kawasan tebing sungai (riverbanks).

     

    • Pejabat Menteri Besar sedang dalam proses mengumpul cadangan-cadangan pembersihan sungai oleh syarikat-syarikat yang berpengalaman dalam projek sebegini. Satu tarikh yang sesuai akan ditetapkan untuk syarikat-syarikat ini membuat pembentangan kepada Jawatankuasa Tetap Projek Pembersihan Sungai Klang.

     

    • MMKN telah juga meluluskan bajet sebanyak RM153,540 yang diperuntukkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk tujuan membuat kaji selidik tanah untuk mengenal pasti semua pemilik-pemilik tanah yang terlibat dalam projek ini.

     

    • Peruntukan juga akan diberi kepada JPS supaya dapat membuat pemetaan (mapping) Sungai Klang untuk mendapat maklumat terperinci mengenai Sungai Klang.

     

    • Kempen Pembersihan Sungai Klang akan dicadangkan mula selewat-lewatnya bulan Oktober 2009. Sebelum itu Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan atau NGO seperti GEC (Global Environment Centre) yang mempunyai pengalaman dalam projek pembersihan sungai dengan komunitikomuniti di sekitar Lembah Klang.

     

    • Jawatankuasa ini juga telah mengadakan satu siri perbincangan bersama beberapa perancang-perancang bandar profesional yang akan dilantik untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk melakarkan dan mencartakan visi pembangunan Sungai Klang sebelum kerja-kerja pemuliharaan dibuat pada fasa awal yang akan melibatkan 21 kilometer pertama Sungai Klang di daerah Kelang. (re-worded)

Lampiran

Tiada Lampiran.