Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

204) KEADAAN DI DUN PELABUHAN KLANG N46

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keadaan DUN Pelabuhan Klang kini seperti kawasan terbiar. Jalan-jalan seperti Persiaran Batu Nilam dan Jalan Perusahaan sangatlah berlubang-lubang dan seluruh kawasan tersebut adalah bersampah-sarap. ADN kawasan tiada pusat khidmat untuk menerima aduan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menangani keadaan ini?

    Kerajaan Negeri Selangor sedang melaksanakan Kajian Pelabuhan Klang : Bandar Pelabuhan Mampan dan Pintar yang dijangkakan selesai pada Oktober 2015.

    Kajian ini bermatlamat untuk mewujudkan satu imej bandar pelabuhan yang signifikan bercirikan Mampan dan Pintar bertaraf dunia serta menggalakkan penggunaan sumber kawasan persisiran pantai secara optimum, mengekalkan kemampanan bandar dan alam persekitaran serta mewujudkan penempatan manusia yang sejahtera yang berinteraksi dengan aktiviti pelabuhan.

    Selain daripada perancangan guna tanah dan garis panduan rekabentuk bandar, kajian ini akan turut menyediakan pelan pengurusan pintar yang bertujuan untuk menyelaraskan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

    Jalan-jalan yang rosak/berlubang telah disenaraikan dalam program MARRIS 2015 termasuk jalan yang dinyatakan iaitu Persiaran Batu Nilam dan Jalan Perusahaan.

    Perancangan Majlis berkaitan isu sampah sarap di sekitar DUN Pelabuhan Klang (Persiaran Batu Nilam dan Jalan Perusahaan Kampung Idaman); Majlis sedang melaksanakan penyusunan dan penstrukturan semula kerja-kerja pembersihan awam di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.