Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

79) KEBAJIKAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai program bantuan baikpulih kerosakan rumah akibat kebakaran kepada keluarga berpendapatan rendah?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor telah memperuntukkan bantuan kewangan sejumlah RM500.00 bagi mangsa kebakaran rumah yang musnah keseluruhannya dan RM250.00 bagi mangsa kebakaran rumah yang musnah sebahagian sahaja. Tabung Bencana Khas Negeri Selangor juga memperuntukkan RM1000.00 bagi waris mangsa yang meninggal dunia akibat

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mempunyai Program Bantuan Baik Pulih Kerosakan Rumah Akibat Kebakaran kepada mangsa yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.