Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

56) KEBAJIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah menumpukan perhatian terhadap kebajikan rakyat melalui program merakyatkan ekonomi Selangor. Apakah jenis penumpuan yang mirip kepada kebajikan rakyat?

    Setelah hampir dua (2) tahun Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan
    Negeri Selangor, kini pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Negeri Selangor
    sebagai Negeri Berkebajikan. Pelbagai program di bawah agenda Merakyatkan
    Ekonomi Selangor (MES). Sebahagian agenda tersebut telah pun di laksana dan
    selebihnya akan dilaksanakan mengikut beberapa Fasa yang telah ditentukan
    pelaksanaannya.
    Di antara program-program kebajikan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-
    Fasa 1 :
    1) Bekalan Air Domestik Percuma 20m3 Kepada Rakyat Selangor
    2) Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
    3) Hadiah Anak Masuk Universiti
    4) Mesra Usia Emas
    5) Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
    6) Pusat Khidmat Krisis Sehenti(OSCC)
    Usaha-usaha dalam menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri berkebajikan akan
    diteruskan dengan pelaksanaan fasa-fasa seterusnya dari semasa ke semasa. Antara
    lain kebajikan program-program MES yang akan dinikmati oleh rakyat di Selangor
    adalah seperti berikut :-
    Fasa II yang telah bermula pada Januari 2009 :
    1) Cuti 90 hari kepada wanita yang melahirkan anak;
    2) Cuti 14 hari kepada suami yang isterinya bersalin;
    3) Cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami;
    4) Bantuan kepada peniaga muda;
    5) Bimbingan perniagaan kepada belia;
    6) Latihan keusahawanan di seluruh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.