Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

85) KEBAJIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Walaupun slogan Selangor Maju 2005 telah dilaungkan tetapi masih terdapat bilangan penduduk yang banyak di tahap kemiskinan di kawasan DUN Bukit Melawati. Berapakah bilangan di antara mereka di atas telah diberikan bantuan kebajikan dan dalam bentuk apa pada tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007?

    Bilangan penerima bantuan pada tahun 2005 ialah 250 orang, pada tahun 2006 ialah 263 orang, manakala padatahun 2007 penerima bantuan menurun kepada 252 orang. Terdapat 3 bentuk bantuanyang diberikan iaitu:-

    i) Bantuan kewangan bulanan meliputi bantuan orang tua, bantuan kanak-kanak, bantuan am dan elaun pekerja cacat.

    ii) Bantuan sekali gus, meliputi geran pelancaran, bantuan sekolah, bantuan
    cermin mata, bantuan alat tiruan, dan bantuan pemulihan jangka panjang
    bencana.

    iii) Bantuan keperluan dan makanan meliputi bantuan bencana dan bantuan
    segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.