Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

124) KEBAJIKAN AHLI MAJLIS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar elaun dan kebajikan yang disediakan kepada setiap ahli majlis mengikut PBT dalam negeri Selangor.

    Setiap Ahli Majlis akan diberikan Elaun Tetap sebanyak RM750.00 (Majlis Bandar raya dan Majlis Perbandaran), RM 500.00 (Majlis Daerah) dan Elaun Mesyuarat sebanyak RM150.00 (Majlis Bandar raya), RM100.00 (Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Bagi peruntukkan kebajikan pula, peruntukan adalah bergantung pada kemampuan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan untuk diberikan kepada seseorang Ahli Majlis di mana sesetengah PBT Negeri Selangor
    dapat menyediakan insurans nyawa dan hospital, tanggungan bagi kos rawatan perubatan dan kemudahan tempat letak kereta percuma.

Lampiran

Tiada Lampiran.