Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

138) KEBAJIKAN DAN HAK GOLONGAN WANITA DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan wanita, terutamanya ibu tunggal dalam DUN teratai dalam tahun 2013?

    Usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan wanita, terutama ibu tunggal di Negeri Selangor adalah menawarkan skim-skim seperti berikut:

    1. Program-program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB)
    2. Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel)
    3. Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR)
    4. Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)
    5. PET-SOHO-S: Program-program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor

    Golongan wanita boleh menikmati semua skim-skim yang ditawarkan mengikut jenis skim yang dikehendaki.

Lampiran

Tiada Lampiran.