Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

82) KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL BEKAS PEKERJA LADANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal bekas Pekerja Ladang?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan bernombor 164 a) daripada YB Tanjung Sepat bertajuk “Ekonomi Pekerja ”

     

    Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang amat komited dan berusaha dalam menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja ladang di Negeri ini. Pelbagai program telah dianjurkan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pasaran semasa sekaligus meningkatkan keyakinan, pengetahuan dan motivasi dalam diri mereka. Melalui program – program usahasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah banyak menganjurkan program – program khusus untuk membantu para pekerja ladang termasuk anak-anak mereka untuk sama – sama memanfaatkan faedah dan bantuan pendidikan dan kewangan bagi meringankan bebanan mereka dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar kini.

     

    Program Pendidikan Anak – Anak Pekerja Ladang ditubuhkan khusus untuk memberi bantuan kewangan dalam aspek kebajikan dan pendidikan. Skim ini terbuka kepada seluruh anak – anak pekerja ladang di negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Antara program – program yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun khusus bagi membantu bekas pekerja ladang seperti berikut:

     

     

    1. Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bus Sekolah Pemberian wang berjumlah RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima.

     

    1. Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia

    Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa.

     

    • Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)

    Penyampaian anugerah adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang.

     

    1. Program – program Motivasi UPSR untuk anak pekerja ladang

    Program ini dianjurkan adalah sebagai satu langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan anak-anak di Negeri Selangor khususnya anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang sempurna. Program berbentuk seminar ini dilaksanakan khusus untuk membantu anak pekerja ladang yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan dan teknik menjawab peperiksaan.

     

    Di bawah Jawatankuasa Pekerja Ladang, Kerajaan Negeri turut memandang serius akan pendidikan anak-anak pekerja ladang terutamanya dalam bidang pelajaran bagi membantu mereka untuk lebih maju dan bersaing dengan pelajar di luar sana. Program dan bantuan sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pendidikan anak pekerja ladang.

     

    Selain daripada itu, usahasama antara Kerajaan Negeri Selangor bersama NGO telah melaksanakan beberapa bentuk program seperti Program Motivasi UPSR, program seminar kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah serta program – program kem motivasi. Antara NGO-NGO yang pernah terlibat di dalam penganjuran program ini disepanjang tahun 2015 adalah seperti berikut :

     

    1. Pertubuhan Suara Makkal Suara Kita Malaysia
    2. Pertubuhan Pendidikan   Kebudayaan    &    Kebajikan    Masyarakat Malaysia
    3. Persatuan Pendidikan Wawasan Selangor
    4. Persatuan Penganut Samarasa Suttha Sanmargam
    5. Persatuan Pendidikan Warisan Selangor
    6. Persatuan Kebajikan Penduduk Tamil Kawasan Bukit Rajah

     

    1. Persatuan Pendidikan Wariasi UIQ Selangor
    2. Persatuan Kebajikan Mahavatar Babaji Selangor

     

    Dalam pada itu, program – program kebajikan yang telah dilaksanakan adalah lawatan YB EXCO ke ladang – ladang dalam memastikan segala permasalahan dan isu – isu yang dibangkitkan dapat diketengahkan dan diselesaikan secara baik. Antara lawatan dan permasalah yang dapat diselesaikan adalah seperti di Ladang Bukit Raja, Ladang Inche Canon, Ladang Tumbok, Ladang Dusun Durian, Ladang Semenyih, Ladang Elmina East, Ladang Subang, Taman Permata Dengkil dan Ladang Bangi. Sempena lawatan yang dilaksanakan, turut disampaikan adalah hamper berbentuk keperluan harian bagi meringankan beban pekerja ladang tersebut.

     

    Sepanjang tahun 2015, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah menganjurkan beberapa bentuk program khusus kepada Pekerja Ladang di Negeri Selangor. Antara program yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 adalah seperti berikut :-

     

    • Perayaan Pesta Ponggal Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015

     

    • Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015

     

    • Program Bersama Pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Bekas Pekerja Ladang

     

    • Program Lawatan Turun Padang ke ladang – ladang

     

    • Program Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015

     

     

    Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah banyak membantu pekerja ladang dalam meringankan beban dalam arus pemodenan yang semakin berkembang pesat. Pembangunan ekonomi di kalangan pekerja ladang merupakan teras kepada kehidupan yang lebih selesa dan terjamin di masa hadapan. Justeru itu, program – program yang telah dilaksanakan memberi tumpuan kepada pekerja ladang di Negeri Selangor dalam meningkatkan pendapatan sampingan mereka menerusi penganjuran program – program berbentuk kursus kemahiran jangka pendek seperti membuat kek dan coklat, kelas jahitan, kelas solekan, kelas memasak, membaiki peralatan, membaiki telefon pintar, membuat kraftangan dan ceramah serta taklimat yang membantu meningkatkan keyakinan dan semangat di kalangan pekerja  ladang untuk terus maju dan berdaya saing. Program – program kemahiran seperti ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu para pekerja ladang

     

    mendalami asas – asas kemahiran ilmu perniagaan yang boleh menjana pendapatan sampingan.

    Senarai program bantuan yang dilaksanakan untuk membantu bekas

Lampiran

Tiada Lampiran.