Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

296) KEBAJIKAN DAN LESEN PENJAJA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan melalui PBT di setiap daerah mempunyai mekanisme untuk menempatkan para penjaja kecil di suatu tempat yang strategik di samping dapat menambah pendapatan penjaja dan juga PBT melalui pembayaran lesen dan sewa tapak?

    PBT telah menyediakan premis-premis perniagaan dalam bentuk kiosk, gerai, pasar , kiosk pondok bas dan kiosk kuih muih bagi membantu penjaja-penjaja kecil berniaga dengan kos penyewaan yang rendah dan sesuai. Di samping itu PBT turut menyediakan tapak-tapak menjaja sementara di beberapa lokasi bagi memberikan peluang perniagaan kepada penjaja-penjaja kecil berniaga ditempat yang dibenarkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.