Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

143) KEBAJIKAN DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penjelasan Exco Kebajikan mengenai Kadar Pendapatan Garis Kemiskinan Seisi Rumah bagi kelayakan Skim Bantuan Am:RM720

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menggunapakai kriteria kelayakan am permohonan bantuan kewangan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu 00 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM830.00 sebulan bagi Sarawak dan RM960.00 sebulan bagi Sabah. Ketetapan ini juga telah diluluskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 31/2012 yang diadakan pada 29 Ogos 2012 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 32/2012 pada 5 September 2012.

Lampiran

Tiada Lampiran.