Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

100) KEBAJIKAN DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penghuraian Exco Kebajikan tentang kadar minimum dan maksimum pemberian Skim Bantuan Am di Selangor RM100 dan RM175 merupakan kedua terendah di Malaysia : Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambahkan peruntukan atau memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar mewujudkan peruntukan yang ditamatkan sejak Januari 2014?

    Penghuraian EXCO Kebajikan tentang kadar minimum dan maksimum pemberian Skim Bantuan Am di Selangor RM100.00 dan RM175.00 merupakan kedua terendah adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 bil 3. Jabatan Audit Negara Negeri Selangor telah menjalankan auditan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor pada April hingga Jun 2014 berkaitan Pengurusan Skim Bantuan Am (SBA). Merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3, Jabatan Audit mendapati kadar Skim Bantuan Am yang ditetapkan di negeri Selangor merupakan kedua terendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Jadual 1 menunjukkan Kadar Skim Bantuan Am mengikut negeri.

    Jadual 1:  Perbandingan Kadar Skim Bantuan Am mengikut negeri- negeri

    NEGERI KADAR SEMASA SKIM BANTUAN AM (RM) SEMAKAN TERAKHIR KADAR SBA DIBUAT (TAHUN)
    Minima Maksima
    Perlis 50.00 150.00 2013
    Selangor 100.00 175.00 2007
    Negeri Sembilan 100.00 200.00 2001
    Melaka 140.00 230.00 2013
    Perak 150.00 250.00 2013
    Sarawak 150.00 250.00 2009
    Sabah 150.00 300.00 2012
    Kedah 150.00 350.00 2004
    Terengganu 200.00 450.00 2013
    Pulau Pinang 220.00 770.00 2014
    Kelantan 120.00 2012
    Johor 150.00 2012
    Pahang 300.00 2012

    (Sumber : Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 Negeri Selangor)

    Kerajaan Negeri Selangor bercadang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sedang meneliti kadar baru Skim Bantuan Am. Pada masa sekarang sedang dalam peringkat kajian yang melibatkan pengesahan statistik penduduk Negeri Selangor yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan.  Pengesahan ini perlu kerana ia melibatkan implikasi kewangan.

    Pada tahun 2001, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah meluluskan Pakej Rangsangan Baru Ekonomi Negara dengan peruntukan RM100 juta untuk menaikkan Kadar Bantuan Am Negeri. Tambahan peruntukan MTEN diberi pada kadar 33.3% daripada kadar Bantuan Am yang diberikan oleh kerajaan Negeri tetapi tidak melebihi had maksima RM350.00 sebulan bagi satu keluarga.

    Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Kebajikan Masyarakat bil. 02/2013 pada 12 hingga 14 September 2013 memutuskan peruntukan tambahan di bawah Pakej Rangsangan Baru Ekonomi Negara yang diterima mulai Januari 2001 ditamatkan pada Januari 2014. Asas pertimbangan penamatan adalah:

    • memudahkan pengurusan pembayaran bantuan. Pada masa sekarang JKM perlu mengeluarkan 2 baucer berbeza untuk setiap bayaran; dan
    • mengelakkan kekeliruan di kalangan penerima bantuan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.