Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

76) KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN PEKERJA LADANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah mengadakan program bagi meningkatkan taraf pendidikan bagi anak-anak peladang bersama beberapa NGO yang terpilih iaitu Child EWRF dan Tamil Foundation. Bagaimana taraf pendidikan anak-anak pekerja ladang setakat ini, adakah berlaku insiden keciciran?

    1. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti CHILD,  EWRF dan Tamil Foundation telah melaksanakan program menaikkan taraf pendidikan anak-anak pekerja ladang seperti English Camp, Reading Comprehension dan sebagainya. Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya  taraf pendidikan mereka akan terus diperbaiki dan seterusnya mengelakkan mereka dari keciciran dalam pelajaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.