Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

127) KEBAJIKAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan tempatan atau pemilik bangunan awam atau swasta yang menjaga kemudahan tandas OKU supaya tidak disalah gunakan oleh pihak lain. Adakah Kerajaan Negeri akan mengikut Kerajaan Pusat dengan membenarkan golongan transgender menggunakan tandas OKU?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

    Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat”.

    Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh   Jabatan  Kebajikan Masyarakat seperti OKU Pendengaran,

    Penglihatan, Pertuturan, Fizikal, Masalah Pembelajaran, Mental dan Pelbagai

    Merujuk kepada definisi OKU yang termaktub dalam Akta OKU 2008, transgender tidak dikategorikan sebagai OKU.  Penyediaan tandas OKU adalah selaras dengan Pelan Tindakan OKU 2016-2022 iaitu kemudahan meningkatkan aksesibiliti golongan OKU supaya lebih produktif dan inklusif dalam masyarakat.  Ianya juga selaras dengan Seksyen 26 Akta Orang Kurang Upaya 2008 iaitu akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam.

    Kewajaran golongan transgender untuk menggunakan tandas OKU masih belum diputuskan di peringkat dasar.  Kerajaan juga belum ada sebarang pengiktirafan dalam bentuk akta atau dasar bagi golongan transgender.

Lampiran

Tiada Lampiran.