Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

192) KEBAJIKAN GURU KAFA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain dari kenaikan gaji yang bakal dinikmati di 2016, apakah ada sebarang intensif untuk Guru KAFA ini?

    Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa melihat dan menambahbaik insentif yang boleh diberikan kepada guru-guru KAFA Negeri Selangor selain dari kenaikan elaun yang bakal dinikmati pada tahun 2016. Antara insentif dan kebajikan yang telah disediakan:

    1. Bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dalam menyediakan skim kebajikan Guru KAFA Negeri Selangor yang menyediakan peruntukan tuntutan kebajikan menerima rawatan di hospital dan sumbangan khairat maksimum RM5000.00 bagi setiap kes kematian yang melibatkan guru kafa atau pasangan.
    2. Kerjasama yang dibuat oleh JAKIM bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan kemudahan ‘Guarantee Letter’ kepada guru KAFA apabila menerima rawatan di hospital kerajaan
    3. Menikmati cuti bersalin sehingga 60 hari sebanyak tiga kali sepanjang perkhidmatan (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)
    4. Kebenaran pengambilan Cuti Sakit dan bergaji 15 hari setahun dari Hospital / Klinik Kerajaan atau swasta (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)
    5. Menikmati cuti tanpa rekod guru KAFA lelaki apabila pasangan bersalin sebanyak tiga kali sepanjang perkhidmatan
    6. Keistimewaan Cuti sambilan / Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari setahun (Bil.24 dlm. JAI.SEL.BPI.03/04/012Jld2. Bertarikh 11 Jun 2009)
    7. Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja oleh majikan sepanjang perkhidmatan
    8. Cuti berelaun penuh mengerjakan Fardhu Haji sekali sepanjang perkhidmatan (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)

     

    Semua insentif dan keistimewaan yang diperolehi oleh guru-guru KAFA sama seperti yang dinikmati oleh guru-guru kontrak dan tetap

Lampiran

Tiada Lampiran.