Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

149) KEBAJIKAN GURU KAFA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan bagi meningkatkan keupayaan guru-guru KAFA dan Fardu Ain dari segi kebajikan pengupayaan pengajaran dan pendidikan mereka?

    Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa melihat dan menambahbaik insentif yang boleh diberikan kepada guru-guru KAFA Negeri Selangor. Antara insentif dan kebajikan yang telah disediakan:

     

    1. Berkerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dalam menyediakan skim kebajikan Guru KAFA Negeri Selangor, iaitu peruntukan untuk rawatan di hospital dan sumbangan khairat maksimum RM5000.00 termasuk kes kematian yang melibatkan guru KAFA atau pasangan

     

    1. Kerjasama yang dibuat oleh JAKIM bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan kemudahan ‘Guarantee Letter’ kepada guru KAFA apabila menerima rawatan di hospital kerajaan

     

    1. Menikmati cuti bersalin sehingga 60 hari sebanyak tiga kali sepanjang perkhidmatan (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)

     

    1. Kebenaran pengambilan Cuti Sakit dan bergaji 15 hari setahun dari Hospital / Klinik Kerajaan atau swasta (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)

     

    1. Menikmati cuti 7 hari tanpa rekod guru KAFA lelaki apabila pasangan bersalin sebanyak tiga kali sepanjang perkhidmatan

     

    1. Keistimewaan Cuti sambilan / Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari setahun (Bil.24 dlm. JAI.SEL.BPI.03/04/012Jld2. Bertarikh 11 Jun 2009)

     

    1. Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja oleh majikan sepanjang perkhidmatan

     

    1. Cuti berelaun penuh mengerjakan Fardhu Haji sekali sepanjang perkhidmatan (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)

Lampiran

Tiada Lampiran.