Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

114) KEBAJIKAN IBU TUNGGAL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah ibu tunggal yang direkodkan dalam Negeri Selangor? Mohon bekalkan 3 DUN yang mempunyai bilangan ibu tunggal yang tertinggi.

    Berdasarkan laporan terkini jumlah ibu tunggal yang ada di Negeri Selangor, sehingga 9 Julai 2020, pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah merekodkan pendaftaran seramai 19,161 orang ibu tunggal di bawah Sistem Pendaftaran Ibu Tunggal.

    Tiga DUN di Selangor yang mencatatkan jumlah ibu tunggal yang tertinggi adalah DUN Sungai Tua yang mencatatkan jumlah ibu tunggal berjumlah 744 orang, diikuti DUN Selat Klang seramai 720 orang dan DUN Batang Kali seramai 691 orang ibu tunggal. Namun demikian, angka tersebut tidak mewakili jumlah sebenar keseluruhan ibu tunggal yang ada di Selangor memandangkan laporan tersebut tidak melaporkan status/ taraf perkahwinan terkini seseorang ibu tunggal yang berdaftar itu.

    Manakala, tiada jumlah ibu tunggal direkodkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor berikutan tiada sistem pendaftaran ibu tunggal yang khusus bagi mengumpul data ibu tunggal tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.