Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

58) KEBAJIKAN IBU TUNGGAL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah Kerajaan Negeri tidak serius mengambil poligami sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan permasalahan ibu tunggal agar mereka mendapat pembelaan dan kebajikan mereka dipelihara dalam negeri ini?

    Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam menyantuni isu-isu berkaitan golongan wanita terutama kebajikan golongan ibu tunggal. Malah inisiatif-inisiatif dan program-program-program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat tanpa meminggirkan golongan ibu tunggal.

    Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS-IT) yang memberi tambah nilai kepada Program KISS sedia ada sebagai contoh, menzahirkan keprihatinan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan dalam menyantuni golongan ibu tunggal terutamanya yang terkesan di dalam mendepani pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

    Melalui program KISS-IT ini, seramai 5,000 orang ibu tunggal yang memenuhi syarat dapat dibantu dengan nilai pemberian manfaat sebanyak RM200 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas sebagaimana manfaat yang diterima oleh para peserta program KISS sedia ada.

    Adapun, urusan jodoh dan pasangan hidup golongan ibu tunggal ini adalah di luar bidang tanggungjawab portfolio ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.