KEBAJIKAN JAWATANKUASA MASJID
50) KEBAJIKAN JAWATANKUASA MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah cadangan penyeragaman elaun Bilal dan Siak telah dilaksanakan dan berapakah jumlah yang diluluskan?
Semua cadangan berkenaan elaun bilal dan siak dikemukakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). JAIS akan mengemukakan cadangan sekiranya ada, ke peringkat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mendapat kelulusan. Sehingga kini, kadar elaun yang telah ditetapkan untuk bilal adalah di Antara RM200 hingga RM290 sebulan. Manakala bagi siak, elaun bulanan yang ditetapkan adalah sebanyak RM150 hingga RM240.
