Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

140) Kebajikan Mahasiswa

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu mahasiswa anak Selangor yang terpaksa mengikuti kaedah pembelajaran secara maya akibat penutupan universiti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

    1. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius penularan wabak Covid-19 yang kini sudah dikategorikan sebagai satu pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memaksa Kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah drastik iaitu Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB) khususnya di Lembah Klang bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak tersebut.

    2. Sehubungan dengan itu, peningkatan kes Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi telah ditangguhkan. Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membantu mahasiswa anak Selangor khususnya di Institusi Pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang terpaksa mengikuti kaedah pembelajaran secara maya akibat penutupan universiti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    3. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Bantuan Pakej Data Internet kepada mahasiswa kategori M40 dan B40 yang menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dengan peruntukan sebanyak RM502,500.00.

    4. Selain itu, Kerajaan Negeri juga dalam usaha memperkasa dan menaik taraf fasiliti server di Universiti Selangor (UNISEL) dengan anggaran kos sebanyak RM550,000.00 bagi menambahbaik pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian di antara pensyarah dan mahasiswa.

Lampiran

Tiada Lampiran.