Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

73) KEBAJIKAN PEKERJA DIBERHENTIKAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada pekerja yang telah diberhentikan akibat penutupan kilang di Selangor?

    Bagi membantu mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri mengadakan program-program Jom Kerja di beberapa daerah seperti di Gombak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam

    Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat ini disyorkan untuk mendaftar dalam portal JobsMalaysia untuk penjodohan pekerjaan di samping menjemput mereka hadir ke karnival-karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Mereka juga turut dipelawa ke Temuduga Terbuka yang diadakan di cawangan-cawangan jabatan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.