Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

225) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kebajikan yang telah diberikan oleh kerajaan Negeri kepada pekerja ladang?

    Di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, program-program yang dilaksanakan adalah khusus untuk membantu menjaga kebajikan pekerja ladang dalam meringankan bebanan yang ditanggung dalam kehidupan seharian. Antara program – program yang dilaksanakan khusus bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut:

     

    1. Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bus Sekolah

     

    Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima dapat mengurangkan perbelanjaan seisi keluarga.

     

    1. Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia

     

    Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa.

     

    • Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)

     

    Penyampaian wang adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang.

     

     

    1. Program – program Motivasi Pekerja Ladang

     

    Dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi para pekerja ladang dalam mengharungi kehidupan seharian serta perkongsian ilmu dalam meningkatkan sokongan dan menanam semangat dan keyakinan diri di dalam setiap pekerja ladang terbabit.

     

    Selain daripada itu, program kebajikan yang juga telah laksanakan adalah lawatan ke ladang – ladang dalam memastikan segala permasalahan dan isu – isu yang dibangkitkan dapat diketengahkan dan diselesaikan secara baik. Antara lawatan dan permasalah yang dapat diselesaikan melalui Jawatankuasa Tetap pekerja Ladang adalah seperti di Ladang Bukit Raja, Ladang Inche Canon dan Ladan Bangi. Sempena lawatan yang dilaksanakan, turut disampaikan adalah hamper berbentuk keperluan harian bagi meringankan beban pekerja ladang tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.