Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

222) KEBAJIKAN PEKERJA PKM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perlantikan pekerja di bawah Dewan Negeri mempunyai potongan kumpulan wang simpanan pekerja.

    Kerajaan Negeri melalui Kertas EXCO MTES 2/20/2013 yang dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21/2013 bertarikh 24 Julai 2013 dan disahkan pada MMKN Ke 22/2013 bertarikh 31 Julai 2013 telah bersetuju gaji Petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dinaikkan daripada RM1,164.00/ sebulan kepada RM 2,000.00/ sebulan termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Caruman ini sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti petugas PKM yang membantu menyelaraskan aktiviti Y.B. Ahli Dewan Negeri (ADN) di peringkat akar umbi.

Lampiran

Tiada Lampiran.