Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

64) KEBAJIKAN PEMBELI RUMAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan dan dasar Kerajaan Negeri dalam membela kebajikan golongan pembeli rumah yang gagal disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan oleh pihak pemaju?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha memberikan komitmen dalam mengatasi masalah projek terbengkalai walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja tetapi kuasa pemulihan ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.
    Sehubungan itu, pendekatan dan dasar secara proaktif telah diambil oleh Kerajaan melalui LPHS dalam membela kebajikan gologan pembeli rumah yang gagal disipakan dalam tempoh yang dijanjikan oleh pemaju adalah seperti berikut :
    i. Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan disamping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi. Keahlian JPPT (Jawatankuasa Induk) adalah seperti berikut :
    *Kehadiran ahli tertakluk dalam mesyuarat yang dibincangkan
    ii. LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank.
    Bil. Jabatan / Ahli Catatan
    1.
    Y.B. EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar
    Pengerusi
    2.
    Y.B. Penasihat Undang-Undang
    Ahli Mesyuarat
    3.
    Pengarah Eksekutif
    Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
    Ahli Mesyuarat
    4.
    Pembantu EXCO Perumahan Dan Kehidupan Bandar
    Ahli Mesyuarat
    5.
    Jabatan Kerja Raya
    Ahli Mesyuarat
    6.
    Jabatan Perancang Bandar Dan Desa
    Ahli Mesyuarat
    7.
    Pejabat Tanah Dan Galian Selangor
    Ahli Mesyuarat
    8.
    Pejabat Tanah Dan Daerah
    Ahli Mesyuarat
    9.
    Pihak Berkuasa Tempatan
    Ahli Mesyuarat
    10.
    Panel Juru Ukur Bahan
    Ahli Mesyuarat
    11.
    Panel Jurutera
    Ahli Mesyuarat
    12.
    Panel Penilaian
    Ahli Mesyuarat
    13.
    Pemaju
    Ahli Mesyuarat
    14.
    Jabatan Insolvensi Malaysia / Pelikuidasi Swasta
    Ahli Mesyuarat
    15.
    Jawatankuasa Pembeli / Pembeli Rumah
    Ahli Mesyuarat
    16.
    Bank
    Ahli Mesyuarat
    iii. LPHS juga mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.
    iv. LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.
    v. Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek
    vi. Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989
    vii. LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan-tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama.
    Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.

Lampiran

Tiada Lampiran.