Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

146) KEBAJIKAN PENGERUSI PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat faedah-faedah yang lain selain daripada elaun bulanan kepada Pengerusi PeBT yang dilantik?

    Pelantikan PeBT dibuat dalam tempoh dua (2) tahun sekali di mana Pengerusi PeBT yang dilantik telah diberikan elaun bulanan sebagai penghargaan kepada penglibatan dalam menggerakkan program-program belia di peringkat PeBT. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan Eksekutif di bawah Program Pemerkasaan Belia di mana Pengerusi PeBT telah diberi peluang untuk mengikuti program tersebut. Sebanyak 12 tempat telah disediakan untuk Pengerusi PeBT mengikuti Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.