Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

368) KEBAJIKAN PENJAJA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pantai Remis Sungai Sembilang merupakan pusat riadah yang menjadi tumpuan. Bagaimanapun keindahan tempat riadah ini hilang serinya akibat hakisan pantai yang teruk. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu kebajikan peniaga-peniaga penyewa premis perniagaan yang terjejas pendapatan mereka?

    Pihak Majlis bersama dengan LUAS dan JPS sedang bekerjasama menyediakan kertas kerja bagi memohon peruntukan Kerajaan Negeri bagi membina benteng untuk mengurangkan kesan hakisan pantai. Pihak Majlis juga telah menyediakan pelan induk bagi menaiktaraf Kawasan Pelancongan Pantai Remis.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.