Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

116) KEBAJIKAN PETANI DAN PEKEBUN SAWIT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan kaum petani di Selangor dan Meru khasnya?

    Perancangan Kerajaan Negeri di dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan kaum petani di Negeri Selangor khususnya termasuk di Meru adalah berlandaskan kepada faktor kekangan kawasan pertanian di mana atas isu tersebut beberapa langkah telah dan sedang diambil iaitu dengan mempromosi dan menggalakkan kaedah pertanian High Value Agriculture Product (HVAP) atau pertanian bernilai tinggi seperti penanaman berkonsepkan fertigasi.

    Dalam masa yang sama juga, penggunaan teknologi dan jentera moden diterapkan seperti penggunaan pemantaun atas talian untuk pengawalan baja dan serangga berdasarkan kaedah pertanian persis (precision agriculture), memberi galakan untuk pengeluaran hasil yang lebih bernilai tinggi dan memberikan pulangan yang lumayan (high return), khidmat nasihat oleh jabatan dan agensi yang berkaitan dan galakan pelaksanaan projek pertanian secara lestari iaitu penggunaan baja-baja organik dan mikrob.

Lampiran

Tiada Lampiran.