Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

161) KEBAJIKAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan satu senarai lengkap program / permohonan kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor serta syarat-syarat kelayakan.

    Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat sentiasa berusaha mencari alternatif bagi memastikan keperluan dan kebajikan setiap peringkat umur rakyat di Negeri Selangor terbela. Antara program kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula pada tahun 2008 adalah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Skim ini mempunyai sebanyak 15 program yang dirangka khusus bagi membantu golongan-golongan sasar memperbaiki kehidupan. Bermula Mac 2015, Skim Mikrokredit Selangor, Skim Mikrokredit Miskin Bandar dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang telah digabung di bawah Program Hijrah Selangor. Program-program lain yang terdapat di bawah Skim MES adalah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M2), Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL), Insentif Perkahwinan Belia, Pusat Tuisyen Rakyat, Pusat Dialisis Rakyat, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS), Jom Shopping (Warga Emas + Ibu Tunggal), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral.

    Senarai lengkap program di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor serta syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:-

    SENARAI LENGKAP PROGRAM DI BAWAH SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR SERTA SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

    Bil. Program Syarat-syarat kelayakan
    1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah yang lahir di Negeri Selangor/atau ibubapa kelahiran Negeri Selangor/Ibubapa adalah pemastautin tetap di Negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran
    2. Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Warganegara berumur 60 tahun dan ke atas;

    DAN/SAMA ADA;

    Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor;

    ATAU

    Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

    ATAU

    Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.

    OKU tanpa had umur

     
    3. Skim kesihatan Wanita (MammoSEL) Warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke atas; DAN

    Lahir dan sedang menetap di negeri Selangor; ATAU

    Telah bermastautin di Negeri Selangor secara sah selama sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor).

     
    4. Pusat Dialisis Rakyat Pesakit buah pinggang (mempunyai Surat Rujukan daripada hospital) yang lahir atau menetap di Negeri Selangor  
    5. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) Warganegara MALAYSIA: dan;

    Sama ada:

    Ibu @ bapa lahir di Selangor & menetap di Selangor;

    Anak yang lahir di Selangor & menetap di Selangor;

    Ibu & bapa bermastautin  di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun;

    Pendapatan Isirumah:

    RM2,500.00 ke bawah yang menanggung 1 orang anak.

    RM3,000.00 ke bawah yang menanggung 2 orang anak

     
    6. Skim Bantuan Tadika (TUNAS) Warganegara MALAYSIA: dan;

    Sama ada:

    Ibu @ bapa lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

    Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.

    Ibu dan bapa yang sudah bermastautin secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (Pengesahan Mastautin).

     
    7. Jom Shopping Ahli-ahli SMUE yang telah berdaftar secara sah dan masih hidup  
    8. Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang Anak-anak pekerja ladang dan bekas pekerja ladang di Negeri Selangor yang berpendapatan bawah RM1,500.00  
    9. Insentif Perkahwinan Belia Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman).

    Perkahwinan kali pertama sahaja.

    Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.

     
    10. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) Mangsa-mangsa rogol, liwat, keganasan rumahtangga dan penderaan  
    11. Bekalan Air Percuma (20m2 pertama) Pengguna domestik yang bermeter individu di Negeri Selangor  
    12. Program Hijrah Selangor Penjaja dan peniaga kecil yang memerlukan modal tambahan  
    13. Hadiah Anak Masuk Universiti (HPIPT) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;

    Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

    (i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau;

    (ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor;

    Pemohon Tidak Lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.

    Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai sesi Julai 2008 sahaja;

    Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja;

    Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian; dan

    Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM3,000.00 ke bawah sahaja.

     
    14. Pusat Tuisyen Rakyat Pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari keluarga yang berpendapatan kurang RM3000.00  
    15. Program Peningkatan Hasil daripada Bahan Batuan dan Mineral Seluruh rakyat Selangor  

    (Jawapan ini telah disediakan oleh Seksyen Makro Dan Penswastaan, UPEN)

Lampiran

Tiada Lampiran.