Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

162) KEBAJIKAN SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini

    Statistik pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini adalah seperti berikut:

    Tahun Permohonan Berjaya Gagal
    Tahun 2013 76 69 7
    Tahun 2014 131 118 13
    Januari hingga Ogos 2015 44 43 1
    JUMLAH 251 230 21

    Alasan permohonan bantuan ditolak adalah seperti berikut:

    1. Bukan warganegara.
    2. Pendapatan isi rumah melebihi had kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan.
    3. Masih sihat dan berupaya untuk bekerja dan berdikari untuk menyara kehidupan sendiri.
    4. Mempunyai harta yang mengeluarkan hasil/sumber kewangan sampingan seperti rumah sewa, pencen, bantuan PERKESO, bantuan baitulmal dan zakat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.