Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

118) KEBAJIKAN UNTUK GOLONGAN M40 BANDAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah skim bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan M40 di bandar?

    Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2019 pada 23 November 2018 telah diumumkan bahawa agenda pelaksanaan program-program IPR akan diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR di Selangor yang merangkumi semua golongan B40 dan M40 Negeri Selangor yang layak dan memenuhi kriteria dan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.

     

    Program IPR yang boleh dimohon oleh golongan M40 seperti di Lampiran I.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.