Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

85) KEBAJIKAN WANITA IBU TUNGGAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status program ibu tunggal yang bermula pada 2008?

     

    Kerajaan Negeri amat mengambil berat dan prihatin terhadap golongan wanita yang berstatus Ibu Tunggal. Justeru itu semenjak tahun 2008 hingga kini, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan golongan ibu tunggal dalam aspek pembangunan serta pembentukan dasar – dasar

     

    Sehingga hari ini sebanyak 16,530 orang ibu tunggal telah berdaftar dengan sistem pangkalan data e-bu. Semua program di bawah Merakyatkan Ekonomi Negeri (MES) serta program – program yang dirangka oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga lebih mengutamakan golongan ibu tunggal mengikut had kelayakan dan kriteria yang ditetapkan. Antara tawaran Kerajaan Negeri yang dapat memberi manfaat kepada golongan wanita termasuk ibu tunggal adalah :

     

    1. Program Pemberdayaan Wanita dalam bentuk kursus-kursus kemahiran, latihan dan bimbingan, program keusahawanan sosial, pembinaan jati diri;
    2. Skim Kesihatan Wanita (Mammosel) – Pemeriksaan Saringan Mammogram Percuma;
    • Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) – tabung simpanan untuk anak–anak kelahiran Selangor sebanyak RM1,500 apabila mencapai umur 18 tahun;
    1. Bantuan Asuhan Rakyat Selangor (SiKembar) – bantuan yuran taska atau nurseri sebanyak RM100 setiap bulan;
    2. Bantuan Tadika Negeri Selangor (TUNAS) – bantuan yuran tadika sebanyak RM50 setiap bulan;

     

    1. Hadiah Anak Masuk Universiti – hadiah sebanyak RM1,000 untuk anak-anak melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS yang diiktraf Kerajaan bagi pengajian diploma atau ijazah sarjana muda;
    • Skim Mikrokredit Hijrah – modal bantuan berniaga sehingga RM50,000;
    • Bantuan Kesihatan Sihat Selangor – bantuan kos rawatan bagi pesakit buah pinggang sehingga RM5,000.00, bantuan kaki palsu, pembedahan katarak serta rawatan – rawatan lain atau pembelian alat sokongan.

     

    Kesemua program yang ditawarkan ini meliputi pelbagai aspek bukan sahaja bagi mengurangkan beban kewangan tetapi juga sebagai salah satu jaringan sistem sokongan kepada para ibu tunggal.

Lampiran

Tiada Lampiran.