Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

99) KEBAJIKAN WANITA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberikan ujian Pap Smear percuma bagi golongan wanita di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk memberikan ujian Pap Smear secara percuma bagi golongan wanita di Negeri Selangor.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menyambut baik cadangan memberikan ujian Pap Smear percuma tersebut sekiranya terdapat keperluan dan sebagai salah satu penambahbaikan ke atas program Skim Kesihatan Wanita sedia ada melalui Mammogram Selangor (MammoSel) iaitu saringan pemeriksaan awal bagi mencegah kanser payu dara untuk manfaat dan kesejahteraan golongan wanita di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.