Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

126) KEBAKARAN HUTAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan hutan-hutan di Selangor yang berlaku kebakaran pada tahun 2014. Sila berikan butir-butirnya.

    Sebanyak enam (6) hutan simpanan kekal (HSK) telah terlibat dengan kebakaran hutan pada tahun 2014 dan hutan simpan yang terlibat ialah HS. Raja Musa dengan keluasan 1,300 ha, HS. Bukit Belata Tambahan (210 ha), HS. Sungai Karang (10 ha), Kuala Langat Utara (130 ha), HS. Kuala Langat Selatan (140 ha) dan HS Hulu Langat (24 ha). Jumlah keseluruhan hutan simpan yang terbakar bagi tahun 2014 adalah seluas + 1,814 ha.

    Maklumat Tambahan:

    4. HS.     Kuala     Langat

    Utara

    130 i-    Tanah milik Salak Land (tanah persendirian)

    berhampiran Kompt. 6

    ii-   Pencerobohan Orang Asli Kg. Busut Baru berhampiran Kompt. 7

    iii-  Tepi Elite Highway susur keluar ke Putrajaya berhampiran Kompt. 8.

    5. HS.     Kuala     Langat

    Selatan

    140 i-    Pencerobohan HSK untuk pertanian tanaman kontan di Kompt. 55

    ii-   Bawah talian elektrik TNB berhampiran Kompt.

    27

    iii-  Tanah Milik Persendirian Bukit Changgang berhampiran Kompt. 21

    6. HS. Hulu Langat 20 i- Kompt. 57
    7. HS. Hulu Langat 4 i- Kompt. 63

Lampiran

Tiada Lampiran.