Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

244) KEBAKARAN HUTAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah catatan kebakaran hutan yang berlaku pada tahun 2014 hingga Jun 2015 mengikut susunan daerah?

    Jumlah keseluruhan Hutan Simpanan Kekal yang terbakar bagi tahun 2014 dan 2015 adalah seluas 2,027.6 ha. Berikut adalah senarai kawasan HSK yang terbakar mengikut agihan Daerah Sivil dari tahun 2014 hingga Jun 2015. Kebanyakannya kawasan yang sering terbakar adalah melibatkan kawasan yang sama dan berulang-ulang.

    • Tahun 2014
    Bil. Hutan Simpan Keluasan (ha) Daerah Hutan Daerah Sivil
    1. HS Raja Musa 1,300.0 Hulu Selangor Hulu Selangor
    2. HS Bukit Belata (T)    210.0 Hulu Selangor Kuala Selangor
    3. HS Kuala Langat (U)    132.0 Pantai Kelang Kuala Langat
    4. HS Kuala Langat (S)    152.0 Pantai Kelang Kuala Langat
    5. HS Sungai Karang      12.0 Pantai Kelang Sabak Bernam
    6. HS Hulu Langat       5.0 Selangor Tengah Hulu Langat
    7. HS Sg. Lalang      1.6 Selangor Tengah Hulu Langat
      Jumlah 1,812.6    

     

    • Tahun 2015
    Bil. Hutan Simpan Keluasan (ha) Daerah Hutan Daerah Sivil
    1. HS Raja Musa 200.0 Hulu Selangor Kuala Selangor
    2. HS Kuala Langat (S)   15.0 Hulu Selangor Kuala Langat
      Jumlah 215.0    

    Nota:

    T – Tambahan

    U – Utara

    S – Selatan

Lampiran

Tiada Lampiran.