Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

234) KEBAKARAN TERBUKA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kebakaran terbuka, terutamanya di Dengkil dan Kampung Johan Setia?

    1. Kerajaan Negeri Selangor sangat mengambil berat akan masalah pembakaran terbuka yang berlaku di Negeri Selangor termasuk yang berlaku di Johan Setia dan Dengkil. Melalui Jabatan Alam Sekitar, rondaan mencegah pembakaran terbuka di kawasan yang mudah terbakar dijalankan sepanjang tahun di samping pemantauan yang dibuat oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perhutanan yang memantau kawasan hutan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang memantau tapak-tapak pelupusan sampah termasuk tapak-tapak pembuangan sampah haram. Susulan rondaan dan pemantauan tersebut, tindakan-tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak-pihak yang melakukan pembakaran terbuka dan juga tuan-tuan tanah yang terlibat. Selain dari itu, bagi kawasan tanah gambut seperti di Tanjung Dua Belas, struktur- struktur seperti check dam, menara tinjau dan tube well telah dibina bagi meningkatkan pencegahan pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Bagi kes- kes pembakaran terbuka yang berlaku di tanah-tanah hak milik yang terbiar dan tidak diusahakan, tindakan merampas tanah tersebut akan dilakukan oleh Pejabat

     

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah pembakaran terbuka di kawasan Johan Setia dan cadangan-cadangan penyelesaian telah diangkat dan dibincangkan di Mesyuarat EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada Mesyuarat MTES Bil 11/2008 dan Mesyuarat MTES bil. 22/2008 masing-masing pada bulan Jun 2008 dan September 2008. Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta mewujudkan Unit Pemantauan Pembakaran Terbuka untuk memantau, mencari kaedah untuk menghalang dan mencegah kebakaran dan mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan pembakaran di kawasan tersebut. Selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor tersebut, tindakan bersepadu antara agensi juga diambil iaitu dari segi menjalankan pemantauan. Dalam hubungan ini, pihak MPK di bawah Jabatan Penguat kuasa telah menubuhkan Unit Pemantau Pembakaran Terbuka pada tahun 2008 yang merupakan

     

    pasukan khas untuk menjalankan pemantauan dan mengawal kebakaran terbuka di kawasan Johan Setia.

    Kerajaan Negeri Selangor juga melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-30/2012 yang diadakan pada 15 Ogos 2012 telah membuat keputusan merampas tanah-tanah terbiar dan tanah-tanah di mana pembakaran terbuka berlaku serta pemilik tanah tidak membuat aktiviti/mengusahakan apa- apa.

Lampiran

Tiada Lampiran.