Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

3) KEBANJIRAN WARGA ASING

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan keperluan tenaga asing dikhususkan di tempat strategik sahaja bagi membantu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor serta mengawal warga asing dari menyalahguna visa dan terlibat dalam bidang yang bukan berkaitan seperti bidang perniagaan?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Imigresen Negeri Selangor mengambil beberapa langkah seperti:-

    • Mengetatkan lagi syarat-syarat pengambilan pekerja asing di Malaysia;
    • Tindakan penguatkuasaan yang berterusan bagi memastikan keperluan tenaga asing ditempatkan yang dikhususkan sahaja; dan
    • Tindakan naziran ke atas syarikat-syarikat/ majikan bagi mengelakkan menggaji tenaga asing tanpa pas yang sah/ menyalahgunakan pas. Tindakan senarai hitam majikan sekiranya didapati melakukan kesalahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.