Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

214) KEBANJIRAN WARGA ASING

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masakah kebanjiran warga asing yang menjadi peniaga kedai makan,runcit dan gunting rambut

    Pihak kerajaan menerusi agensi penguatkuasaan terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia telah menjalankan operasi secara berterusan bagi mengekang dan mengawal kebanjiran warga asing termasuk peniaga kedai makan, kedai runcit dan gunting rambut. Pekerjaan ini dikategorikan dalam sektor perkhidmatan dimana pekerja memerlukan Pas Lawatan (kerja sementara) atau PLKS yang sah bagi sektor perkhidmatan.

    Proses pemeriksaan keatas  warganegara asing ini turut melibatkan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sebarang ketidakakuran terhadap undang-undang, tindakan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan turut dikenakan termasuk pendakwaan di mahkamah mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

    Mengikut statistik, Jabatan Imigresen telah menjalankan sebanyak 529 operasi sehingga bulan Julai 2019 di seluruh negeri Selangor bagi mengatasi dan mengawal kebanjiran warganegara asing di negeri ini. Daripada jumlah tersebut sebanyak 281 operasi telah dijalankan bagi sektor perkhidmatan yang turut melibatkan ketiga-tiga kategori pekerjaan ini. Selain daripada itu,dalam tempoh yang sama pihak Jabatan Imigresen telah menjalankan sebanyak 101  operasi bersepadu yang turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ).

Lampiran

Tiada Lampiran.