Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

165) KEBANJIRAN WARGA ASING

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa tindakan Kerajaan mengatasi masalah warga asing meniaga tanpa kebenaran dan aktiviti meng'alibaba'kan lesen perniagaan kepada warga asing?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengadakan pemantauan berkala dan operasi bersepadu bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Antara tindakan yang telah diambil oleh PBT adalah:

    • Tindakan sitaan dan kompaun ke atas premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
    • Tindakan pembatalan lesen sekiranya didapati peniaga melanggar syarat- syarat yang ditetapkan termasuk penyewaan lesen kepada orang
    • Lesen perniagaan akan ditarik balik sekiranya kesalahan yang dilakukan didapati berulang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.