Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

132) KEBANJIRAN WARGA ASING

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dan langkah-langkah bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang menjadi peniaga kedai runcit dan kedai gunting rambut?

    Usaha dan langkah-langkah bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang menjadi peniaga kedai runcit dan kedai gunting rambut adalah dengan sentiasa memberi kerjasama kepada Jabatan Imigresen, Malaysia dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan warga asing tanpa permit yang menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kelulusan oleh PBT. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Undang-Undang yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.