Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

272) KEBENARAN BERTULIS MENGUSAHAKAN TANAH-TANAH TERBIAR KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini Kerajaan Negeri untuk memberikan kebenaran bertulis kepada usahawan-usahawan tani mengusahakan tanah-tanah terbiar bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian?

    a) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian Dan  Industri Asas Tani secara dasarnya telah pun bersetuju untuk menyediakan satu kertas cadangan untuk memberikan kelulusan kepada pengusaha- pengusaha pertanian di tanah-tanah milik Kerajaan Negeri atau agensi di bawah satu program yang akan dinamakan sebagai Program Agrotek Negeri Selangor di mana pengusaha berkenaan akan menyewa atau memajak tanah- tanah tersebut dari Kerajaan Negeri atau agensi. Kaedah tersebut akan dapat mengekalkan hakmilik tanah kepada Kerajaan Negeri dan pada masa akan datang ianya boleh disewakan kepada usahawan baru yang berminat jika pengusaha asal tidak lagi berminat untuk meneruskan projek

Lampiran

Tiada Lampiran.