Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

1) KEBENARAN MENDUDUKI HUTAN BAGI TUJUAN PENTERNAKAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pihak manakah yang memberi kebenaran menduduki hutan bagi tujuan penternakan?

    JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

    Kuasa untuk memberi kebenaran menduduki atau menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Ini jelas diperuntukkan di bawah Seksyen 33(1), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 yang menyatakan Pihak Berkuasa Negeri boleh membenarkan pendudukan, atau perjalanan apa-apa aktiviti di atas mana-mana tanah dalam HSK. Manakala di bawah seksyen 33(2) Permit bagi menduduki atau menjalankan apa-apa aktiviti di dalam mana-mana HSK yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Negeri di bawah subseksyen (1) adalah dikenali sebagai permit penggunaan.

    JABATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR

    Pihak yang memberi kebenaran menduduki hutan bagi tujuan penternakan adalah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Namun, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa kebenaran menduduki hutan tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur-prosedur yang sangat ketat bagi memelihara khazanah dan biodiversiti sesuatu hutan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.