Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

221) KEBERKESANAN BANTUAN KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI KEPADA GOLONGAN MARHAEN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan negeri sebagai negeri berkebajikan memastikan golongan yang memerlukan memang mendapat bantuan kerajaan yang mencukupi?

    1. Kerajaan Negeri berdasarkan polisi Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli sentiasa komited dalam merangka strategi yang komprehensif dalam menyelesaikan permasalahan agihan bantuan secara telus. Data yang diperolehi melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), pusat-pusat khidmat DUN, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain agensi kebajikan akan turut membantu dalam usaha meminimumkan keciciran penerima

     

    Untuk memastikan kebajikan dan keperluan rakyat di Negeri Selangor mencukupi, peranan Pusat Khidmat DUN amat diperlukan dalam membantu mengenalpati golongan yang memerlukan bantuan untuk dinilai dan disiasat sebelum sebarang bantuan disalurkan.

     

    Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah YB Exco Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab untuk menyediakan dan memberikan bantuan mengikut keperluan yang bersesuaian untuk memberikan nilai tambah baik kepada kualiti kehidupan rakyat di Selangor.

     

    Di antara contoh program-program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut :-

    1. Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin – menyediakan pembinaan baru atau khidmat baik pulih rumah kepada golongan miskin dengan memenuhi syarat yang telah
    2. Jawatankuasa Tetap Kemiskinan – menyediakan program-program yang membantu golongan orang miskin seperti Program Jom

     

    Shopping, Bantuan Pelajaran Kemahiran Teknikal, Program Back To School dan lain-lain.

    • Jawatankuasa Tetap Usahawan – Menyediakan bantuan melalui Dana Usahawan Mikro Selangor berbentuk barangan dan peralatan mengikut syarat yang telah
    • Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor – menyediakan rumah SelangorKu yang mampu dimiliki oleh golongan bawahan dan miliki rumah sendiri dengan harga yang mampu
    • Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR) dan Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel) – memberi bantuan pinjaman mikrokredit, latihan, kemudahan dan bimbingan kepada golongan yang memerlukan untuk memajukan perniagaan sama ada di bandar atau di luar
    • Skim Mesra Usia Emas (SMUE) – berbentuk khairat kematian yang diberikan kepada waris dalam memudahkan dan merinngankan urusan pengurusan dan pengkebumian
    • Lembaga Zakat Selangor – menyediakan bantuan-bantuan yang diperlukan oleh golongan asnaf yang beragama Islam dengan bentuk bantuan seperti yuran sekolah, saguhati raya, pembinaan rumah individu, makanan bulanan, kewangan bulanan, keperluan pendidikan, bantuan ekonomi dan bak pulih
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor – menyediakan bantuan seperti bantuan geran pelancaran kepada peniaga yang hendak bermula berniaga untuk memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan dan ini menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan keluarga

     

Lampiran

Tiada Lampiran.