Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

102) KEBERKESANAN PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut daerah dan adakah Kerajaan melakukan kajian dan penambahbaikan khususnya kepada laluan-laluan bas yang tidak digunakan secara optimum oleh pengguna?

    Pengukuran keberkesanan perkhidmatan Bas Smart Selangor dilihat melalui peningkatan jumlah penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan ini dari semasa ke semasa. Jumlah penumpang Bas Smart Selangor adalah berdasarkan setiap laluan perkhidmatan bas tersebut di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan mengikut daerah. Bilangan penumpang mengikut PBT adalah seperti berikut:

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui PBT akan membuat pelaporan secara berkala berhubung prestasi setiap laluan Bas Smart Selangor semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor diadakan. Sekiranya jumlah penumpang laluan bas tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan atau berlaku pengurangan jumlah penumpang yang berterusan, maka semakan dan kajian terhadap laluan tersebut akan dibuat bagi memastikan perkhidmatan Bas Smart Selangor reliable dan digunakan sepenuhnya oleh pengguna pengangkutan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.