Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

150) KEBERKESANAN PROJEK INFRASTRUKTUR DAN INISIATIF LAIN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebarang analisa kos-faedah dan penilaian spesifik masing-masing pra dan pasca pelaksanaan projek bagi semua projek infrastruktur dan inisiatif yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri demi memastikan Óvalue for moneyÓ dan keberkesanan perbelanjaan dana awam.

    Bagi memastikan keberkesanan perbelanjaan dana awam, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan perolehan projek infrastruktur dibuat secara telus dan berintegriti mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa. Bagi metodologi penilaian spesifik untuk kawalan tadbir urus kewangan yang baik, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil 1 Tahun 2017 iaitu Mekanisme Kawalan Pengurusan Projek Pembangunan Fizikal Negeri Selangor yang berkuat kuasa mulai 4 Januari 2017. Ini adalah merupakan pekeliling yang berkaitan dengan sebarang perubahan kerja.

    Kerajaan Negeri juga menggunakan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil 1 Tahun 2015 iaitu Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off yang bertujuan untuk memastikan kos projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri “value for money”.

    Pengurusan Eksekutif juga turut memainkan peranan penting bagi memastikan semua projek baru yang akan dilaksanakan hendaklah dibentangkan kertas justifikasi yang merangkumi aspek keberkesanan dan impak sosio ekonomi ke atas projek tersebut di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN)

    Selain itu, terdapat juga pelaksanaan projek infrastruktur yang dinilai dan diteliti melalui kaedah pengurusan nilai yang juga membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikan sesuatu pelaksanaan projek bagi memastikan ianya adalah projek “value for money”.

Lampiran

Tiada Lampiran.