Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

8) KEBERSIHAN ALAM SEKITAR Ð HAPUSKAN TIKUS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor mempunyai programprogram tertentu untuk menyelesaikan masalah tikus yang telah banyak menjejas kebersihan alam sekitar?

    Setakat ini, terdapat beberapa PBT yang menjalankan program tertentu bagi
    menyelesaikan masalah tikus seperti di Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ)
    mengadakan kempen menangkap tikus dengan bayaran RM 1 bagi seekor tikus.
    Manakala di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan program kawalan
    tikus di semua pasar awam, pusat penjaja dan gerai-gerai milik Majlis. Aktiviti kawalan
    dijalankan sebulan sekali di setiap pasar pusat penjaja dan gerai. Di samping itu juga
    Majlis menjalankan kawalan tikus di kawasan awam seperti padang permainan dan
    kawasan tumpuan awam. Selain itu, di semua premis makanan di PBT diwajibkan
    mendapatkan khidmat syarikat “pest control” yang berdaftar.

Lampiran

Tiada Lampiran.