Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

28) KEBERSIHAN KAWASAN PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor memastikan kebersihan kawasan pelancongan dijaga dengan baik untuk keselesaan pelancong?

    Usaha untuk menjadikan kawasan-kawasan pelancongan yang bersih untuk keselesaan pelancong perlulah menjadi agenda utama Operator Produk Pelancongan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mereka ini akan memainkan peranan masing-masing dan bertanggungjawab bagi memastikan tahap kebersihan di setiap kawasan pelancongan tersebut berada pada tahap yang tertinggi.

    Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap produk operator dan juga PBT yang berkaitan untuk menyediakan kontraktor pembersihan bagi setiap produk pelancongan yang berada di dalam kawalan mereka untuk menjamin akan keselesaan pelancong sepanjang masa.

    Sebagai contoh, Taman Eko Rimba Kanching, Rawang di bawah seliaan Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Taman Eko Rimba Sungai Tua Ulu Yam di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah melantik pihak kontraktor bagi kerja-kerja pembersihan yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan keseluruhan lokasi pelancongan tersebut secara berjadual.

    Oleh yang demikian, aspek kebersihan bagi setiap lokasi yang berkaitan dengan produk pelancongan di Negeri Selangor sentiasa diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan produk pelancongan tersebut terjaga dan diselia dengan baik seterusnya memberikan keselesaan kepada para pelancong. Ia juga akan memberikan nilai tambah kepada produk pelancongan Negeri Selangor serta memastikan mereka akan kembali semula untuk melancong di Negeri Selangor di masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.