Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

93) KEBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam meningkat kebersihan Sungai Klang?

     

    – Maklumat oleh JPS Selangor –

    Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kebersihan di Sungai Klang :

     

    • Kerajaan Negeri telah melantik pihak MBI (Menteri Besar Incorporated) untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai

     

    • Sejumlah RM1.9juta telah diperuntukkan di bawah peruntukan pembangunan Negeri bagi pembeliaan Trash Skimmer bagi tujuan penyelenggaraan sampah di Sungai

     

    • Pengawalan dan penyelenggaraan sampah domestik dikawal sepenuhnya oleh pihak PBT dengan

     

    • Tindakan penguatkuasaan yang sentiasa dilaksanakan oleh pihak LUAS ke atas aktiviti pembuangan sampah secara haram di Sungai

     

    – Maklumat oleh LUAS –

    Kerajaan Negeri melalui LUAS telah meluluskan satu Kertas Posisi Strategi Pengurusan Sungai di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 30 Mei 2012 dan dibentangkan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor pada 13 Ogos 2012. Bengkel berkenaan strategi ini bersama semua pihak berkepentingan juga telah diadakan pada 18 Julai 2012 dan 24 Februari 2015 untuk menyelaras tindakan setiap agensi. Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor ini bertujuan untuk memastikan keadaan sungai-sungai Negeri termasuk Sg. Klang terpelihara. Antara Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor ialah seperti berikut:

    1. Memastikan pembangunan yang dijalankan mengambilkira elemen semulajadi sungai dengan mengekalkan ciri-ciri fizikalnya iaitu tidak dilencongkan, dijajarkan, dialihkan, dikecilkan, dikambus dan dikonkrit. Konsep “Pembangunan Mengikut Fizikal Sungai” perlu dilaksanakan

     

    diperingkat perancangan. Setiap aktiviti pembangunan perlulah dijalankan penilaian impak alam sekitar dan bukannya kajian kejuruteraan sahaja;

     

    • Memastikan projek pembangunan yang dijalankan mematuhi Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimen (ESCP) dan aplikasi Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Dalam hubungan ini, pihak pemaju dikehendaki memastikan langkah pengawalan terhadap aliran puncak (peak discharge);

     

    • Memastikan pengawalan aktiviti pembangunan di kawasan rizab sungai dengan pewartaan rizab sungai sebagai ‘zon perlindungan;

     

    • Memastikan projek pembinaan struktur merentasi sungai seperti jambatan, lebuhraya dan sebarang lintasan adalah memberikan kesan yang minima terhadap sungai;

     

    • Mengekalkan dan    memelihara    tumbuh-tumbuhan   semulajadi   seperti

    ‘riparian plant’ disepanjang tebing sungai yang bersifat mesra alam; dan

     

    • Mencadangkan supaya penyelarasan dan pengemaskinian maklumat dalam dasar/ manual sedia ada supaya selari dengan keperluan dalam Enakmen LUAS 1999 bagi tujuan pemeliharaan sumber

     

    Usaha meningkatkan kebersihan juga dilakukan melalui jawatankuasa dan aktiviti seperti berikut:

     

    • Mesyuarat Pasukan     Petugas     Lembangan     Sungai    Klang     yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS;

     

    • Mesyuarat Pengurusan   Lembangan   Sungai   Negeri    Selangor   yang dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

     

    • Menjalankan pensampelan kualiti air Sungai Klang di sempadan Selangor-

    Kuala Lumpur dua (2) kali setahun; dan

     

    Mewartakan rizab Sungai Klang sebagai zon perlindungan di bawah Seksyen 48 Enakmen LUAS

     

    Pada masa ini juga, Kerajaan Negeri telah melantik Kumpulan Darul Ehsan Berhad untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan Sungai Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.